PERISTIWA 13 MEI DAN KAMPUNG MEDAN
HUBUNGAN ETNIK:
PERISTIWA 13 MEI 1969
TRAGEDI KAMPUNG MEDAN 2001
PERISTIWA 13 MEI 1969
Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik
hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah
mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia
mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak
manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun
tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi
majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang
berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala
Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada
orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai
bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan
penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai
orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah
menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei
ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat
majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh
British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan
sedemikian rupa.
1.1 Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13
Mei 1969
1.1.1 Dasar Pecah Dan
Perintah British
Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
1.1.2 Sistem Pendidikan
Yang Berasingan
Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.
1.1.3 Perbezaan Agama Dan
Kebudayaan
Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.
1.1.4 Aktiviti Ekonomi
Yang Berlainan
Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun keluarga mereka iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonimi secara tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.
1.1.5 Persatuan-persatuan
Etnik
Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.
1.1.6 Pendudukan Jepun
Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.
1.17 Membangkitkan Soal
Sensitif Pada Pilihanraya Umum 1969.
Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik yang bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara kaum dan akhirnya setelah memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang melayu. Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu melalui UMNO telah mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.
1.2
Gambaran Detik-Detik 13 Mei 1969 Secara Ringkas
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Isu perkauman dalam
pilihan raya 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya
umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya
membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang
sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya
dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada
tahun 1969.
Parti Gerakan
Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan
Demokratik (DAP) dan Parti Progresif
Rakyat (PPP)
menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.Pihak pembangkang
yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan
mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk
menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan
(identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan
sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan
raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan
pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar
penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang
sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic
Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan
permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang
ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan
membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagi simbol menyapu keluar orang
Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya
kapal Perikatan — the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969
sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas
kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa
perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah
menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan
parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan
tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan
hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang
Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak
pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar
Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan
kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada
kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil
melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai
lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial).
Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang
Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya
turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan
kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan
pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari
Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan
memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa
perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu
berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di
Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris
selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan
keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan
parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk
mengamuk.
Ketika
berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan
meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat
cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya
dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum
menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin
yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang
dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan
pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas.
Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang
Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita
seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan
lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah
darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan
polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan
menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari
Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya
pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak
orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan
Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara
orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut
ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya
Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah
kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar.
Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa
askar Askar Melayu turut masuk ke
kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu
yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah
membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut
berpakaian preman.
Ramai orang
Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit.
Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan
Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan
dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai
rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda
Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam
menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di
panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan
daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam
panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada. Hampir semua penonton
di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini
termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar
melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan
kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung
Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan
kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan
dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis
dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan
terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik
dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.
Seorang
polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di
Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup
hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman
yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton
filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada
tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan
kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.
Abdul Rafai
Alias
bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan
kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah
mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin
mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu
juga dengan Tentera
Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang
dan Cheras.
Ada 4 kiyai
di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya
menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah
menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang
pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan
penggal kepala orang Cina.
Namun
rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi
apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi
amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api
kepada orang cina.
Ada yang
menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik"
Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku
Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti,
Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul
Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh
hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di
negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu
orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti
di selatan thai.
Persepsi
Kalangan
orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat
sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka
pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga
berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis
berpaksikan negara komunis China.
Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of
1969
yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli
parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru
'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa
rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi
yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state
capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.
Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang
menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi
menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan
musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD.
daripada Universiti
California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam
peristiwa 13 Mei.
Statistik tidak rasmi jumlah
kematian:
- Melayu : 86 orang
- Cina : 342 orang
- Lain-lain : 3 orang
Statistik
tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi
saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke
balai polis Jalan Travers waktu itu.
Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku
Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang
Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian
pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan
Tunku sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku
sedang menikmati hidangan arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.
Pada malam peristiwa itu di televisyen, Tunku berkata "Marilah kita
tentukan sekarang bahawa sama ada kita hidup atau mati".
Mageran
Negara
diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung.
Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang
tentera. Dalam pada itu, Mageran telah dibentuk. Tunku Abdul
Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah
digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen
juga digantung.
Sesetangah
orang melayu mempersalahkan Tunku Abdul Rahman kerana gagal membendung ancaman
rusuhan perkauman tersebut. Di antara tokoh yang lantang menghentam Tunku ialah
Tun Dr Mahathir menerusi buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma"). Buku tersebut
pernah diharamkan oleh Tunku.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran
telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar
trajedi tersebut tidak berulang. Diantara tindakan yang diambil ialah membentuk
satu Rukun Negara bagi meningkatkan
kefahaman rakyat pada perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan
pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan
membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.
Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP.
2.0 Usaha Membentuk
Perpaduan Kaum
Usaha membentuk perpaduan kaum
merupakan satu perlkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang
utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha membentuk perpaduan
kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di
dunia. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyaralat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair.
Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu :
1)Integrasi
Satu merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesuatu unit politik.
2)Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Namun dalam jika diteliti kedua-dua aspek di atas kerajaan lebih banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969.
Asimilasi merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Namun dalam jika diteliti kedua-dua aspek di atas kerajaan lebih banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969.
2.1 Usaha Segera Untuk
Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
2.1.1Mengisytiharkan Darurat
Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka. Ketiga untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.
2.1.2 Membentuk Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN )
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969
kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh
Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut
menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai
kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah
Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan
Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd
Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.
Fungsi utama MAGERAN ini ialah:
1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
2.1.3 Menubuhkan Majlis Perundingan
Negara
Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil:
a) Menteri-menteri yang menganggotai
MAGERAN.
b) Kerajaan-kerajaan Negeri.
c) Parti-parti Politik.
d) Sabah dan Sarawak.
e) Kumpulan-kumpulan Agama.
f) Badan-badan Profesional.
g) Perkhidmatan Awam.
h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan.
i) Wartawan.
j) Persatuan Guru-guru.
k) Kumpulan Minoriti.
b) Kerajaan-kerajaan Negeri.
c) Parti-parti Politik.
d) Sabah dan Sarawak.
e) Kumpulan-kumpulan Agama.
f) Badan-badan Profesional.
g) Perkhidmatan Awam.
h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan.
i) Wartawan.
j) Persatuan Guru-guru.
k) Kumpulan Minoriti.
Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.
2.1.4 Memperkenalkan Rukun Negara.
Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah:
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat
di kalangan seluruh masyarakat.
2) Memelihara cara hidup demokratik.
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak.
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi.
Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara..
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
2) Memelihara cara hidup demokratik.
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak.
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi.
Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara..
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
2.1.5 Pembentukan Majlis Muhibah
Majlis
Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN. Majlis ini telah
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di setiap peringkat
iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Ini bertujuan untuk
memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat
Malaysia. Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah
di kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan
dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat
peristiwa hitam 13 Mei 1969.
2.1.6 Penyusunan Semula Politik (Barisan
Nasional)
Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.
Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.
3.0 Dasar-Dasar Kerajaan Untuk
Membentuk Perpaduan Yang Lebih Baik Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa
13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap perpaduan rakyat Malaysia.
Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein menyedari akan hal ini kerana
jika ia tidak dibendung atau disekat ia akan mencetuskan satu situasi yang
tidak diingini sekali lagi. Justeru pelbagai langkah telah diambil untuk
mengatasi maslah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan
di kalangan masyarakat berbilang bangsa.
3.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu:
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu:
3.1.1 Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum
Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.
Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut:
a) Penyediaan infrastruktur parit dan
taliair termasuk pemberian subsidi dan kredit bagi membolehkan pesawah
melaksanakan penanaman padi dua kali setahun.
b) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang ditujukan kepada pekebun kecil.
c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan lebih berguna.
d) Memlaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA).
e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital, sekolah bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah.
b) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang ditujukan kepada pekebun kecil.
c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan lebih berguna.
d) Memlaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA).
e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital, sekolah bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah.
3.1.2 Penyusunan Semula Masyarakat
Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990.
Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB:
i) Meningkatkan pendapatan da taraf hidup golongan kurang berupaya.
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti.
iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera.
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar Bumiputera.
vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta.
Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990.
Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB:
i) Meningkatkan pendapatan da taraf hidup golongan kurang berupaya.
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti.
iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera.
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar Bumiputera.
vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta.
Untuk memastikan DEB akan berjaya
mencapai matlamatnya kerajaan turut menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang
terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB. Antara perbadanan yang mengambil
bahagian untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera
ialah:
1. Permodalan Nasional Berhad (PNB).
2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
4. Bank Negara.
5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
6. Skim Amnah Saham Bumiputera.
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).
2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
4. Bank Negara.
5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
6. Skim Amnah Saham Bumiputera.
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).
3.1.2 Pencapaian DEB Setelah Tahun
1990.
Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB masih lagi belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatn isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan.
Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB masih lagi belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatn isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan.
3.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah yang telah diambil ialah:
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah yang telah diambil ialah:
1. Bahasa Inggeris diwajibkan di
semua sekolah rendah.
2. Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah menengah.
2. Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah menengah.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan di semua sekolah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat.
Bahasa Melayu mula diperkenalkan di sekolah rendah pad athaun 1970 tetapi
mulai tahun 1983 semua kursus tahun pertama di peringkat universiti
diajar dalam Bahasa Melayu.
Objektif utama sistem pelajaran
kebangsaan ialah untuk memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya. Antara matlamat lain dasar ini
ialah:
i) Untuk menghasilkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
ii) Menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga kerja khasnya dalam bidang sains dan teknologi.
iii) Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan politik negara.
iv) Membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain.
v) Mengurangkan pembaziran tenaga kerja akibat terlalu ramai murid yang keciciran dari alam persekolahan pada usia yang muda hingga mengurangkan potensi kerja negara.
vi) Mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yag kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar.
ii) Menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga kerja khasnya dalam bidang sains dan teknologi.
iii) Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan politik negara.
iv) Membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain.
v) Mengurangkan pembaziran tenaga kerja akibat terlalu ramai murid yang keciciran dari alam persekolahan pada usia yang muda hingga mengurangkan potensi kerja negara.
vi) Mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yag kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar.
Antara strategi yang telah
dilaksanakan pula ialah:
a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama.
b) Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah.
c) Memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 berdasarkan kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988.
d) Mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan.
e) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan perpaduan.
f) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan mempelbagaikan kemudahan pelajaran.
a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama.
b) Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah.
c) Memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 berdasarkan kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988.
d) Mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan.
e) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan perpaduan.
f) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan mempelbagaikan kemudahan pelajaran.
Langkah-langkah
di atas amat penting untuk memupuk perpaduan terutamanya langkah yang
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Ini akan
memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat menghindarkan
rasa curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat berinteraksi dengan menggunakan
satu bahasa tunggal iaitu Bahasa Melayu. Melalui aktiviti ko-kurikulum pula
akan dapat melahirkan insan generasi yang dapat menghargai perpaduan dan
bermoral tinggi agar tidak berlaku lagi ulangan kepada peristiwa 13 Mei
1969. Ia juga boleh dihayati menerusi falsafah pendidikan negara yang
telah ditetapkan seperti berikut:
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
Jika diteliti falsafah pendidikan negara di atas nyata bahawa dasar pendidikan negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada negara yang secara simboliknya menuntut usaha ke arah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tidak akan berulang.
3.3 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat dignakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia.
Dasar Kebudayyan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu:
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat dignakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia.
Dasar Kebudayyan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu:
I) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia
hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini;
II) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan.
III) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
II) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan.
III) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Dasar ini juga penting kepada
rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai kebudayaan yang berbeza
kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang budaya masing-masing
agar perasaan prasangka anatara satu sama lain dapat dihindari. Antara lain
dasar ini juga menolak unsur-unsur barat yang tidak sesuai daripada meresap
masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat Dasar Kebudayaan
Kebangsaan ialah:
i) Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
ii) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan.
iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia.
i) Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
ii) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan.
iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia.
3.3.1 Pelaksananan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan
Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang paling penting ialah soal pelaksanaan keran jika ia hanya sempurna di atas kertas tetapi tidak dapat diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia dibentuk. Begitu jua dalam soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dilaksanakan seperti di bawah agar matlamatnya tercapai:
Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang paling penting ialah soal pelaksanaan keran jika ia hanya sempurna di atas kertas tetapi tidak dapat diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia dibentuk. Begitu jua dalam soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dilaksanakan seperti di bawah agar matlamatnya tercapai:
1. Memperbanyakkan dan mengembangkan
pertunjukan kebudayaan di peringkat negeri dan nasional.
2. Memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan kebudayaan.
3. Meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara kita.
4. Memupuk kesedaran kebangsaan.
5. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara.
2. Memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan kebudayaan.
3. Meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara kita.
4. Memupuk kesedaran kebangsaan.
5. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara.
3.4 Dasar Pembangunan Nasional
(DPB)
Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000.
Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil . Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum.
DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut:
Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000.
Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil . Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum.
DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut:
a) Mewujudkan keseimbangan yang
optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang
saksama.
b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.
c) Mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.
d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan luar bandar dan bandar.
e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.
f) Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden.
h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.
c) Mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.
d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan luar bandar dan bandar.
e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.
f) Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden.
h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
Melalui DPN terdapat empat perkara
yang telah digariskan kepada pendekatan strategi ekonomi DEB iaitu:
a) Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif.
b) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.
c) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat
d) Memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.
DPN merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan menerusi DEB dan bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan sentosa.
Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak memberikan kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut yang lain ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentk sebuah negara Malaysia yang aman damai, harmoni hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana yang aman damai. Jika dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin. Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku amak semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan salig membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya. Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional serta wawasan



PERISTIWA
KAMPUNG MEDAN
Peristiwa
Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan
antara India-Melayu yang berlaku di Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5 hari. Peristiwa
ini berlaku dibeberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan , Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini
merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan
berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan.
Pergaduhan
turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan
Gasing, Kelana
Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong.
Punca
Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung Lindungan ekoran
persediaan majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian. Majlis perkahwinan itu
diadakan di sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya mengadakan
majlis pengkebumian.
Kemudian 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu. Mereka dipercayai
orang luar yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan. Peristiwa ini
mendapat liputan CNN pada sebelah malamnya.
Antara punca lain :
1) Masalah sosio-ekonomi
seperti perumahan, kekurangan kemudahan awam masyarakat miskin bandar (Melayu
dan India) yang dipinggirkan daripada projek-projek pembangunan. Keadaan ini
mewujudkan kesan psikologi yang tinggi.
2) Isu-isu yang berkaitan
dengan polarisasi perkauman di kawasan tersebut yang tidak dapat diselesaikan
oleh pihak berwajib.
3) Perbuatan anasir luar yang
ingin menganggu ketenteraman di kawasan tersebut dan mewujudkan ketidakstabilan
politik.
4) Masyarakat Melayu di
kawasan tersebut telah hilang sabar terhadap sikap anti sosial sekumpulan
remaja India dan mereka ingin memberi suatu pengajaran.
5) Pengaruh parti politik yang
sengaja memperbesarkan perkara-perkara kecil.
6) Ketidakmampuan Kerajaan
Negeri dan Tempatan untuk menyelesaikan isu-isu pembangunan infrastruktur dalam
masa yang singkat.
Rentetan Peristiwa
Penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam. Masyarakat India berwaspada dan bersiap-sedia sekiranya samseng Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal kalau-kalau samseng India dibawa masuk untuk menyerang mereka. Mereka tidak takut akan jiran-jiran mereka kerana mereka telah saling kenal-mengenali hampir 3 dekad. Samseng-samseng ini dikatakan datang dari luar.
Menteri Besar Selangor
ketika itu bertindak berkawal di kuil Hindu di Kampung Medan agar orang-orang
Melayu tidak bertindak. Malahan beliau sendiri menasihati penduduk Melayu yang
marah agar mereka mematuhi undang-undang negara.
Beberapa orang yang
luka telah dihantar ke Unit Kecemasan di Hospital Universiti di Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia. Polis dan FRU telah bertugas dan berkawal di beberapa
kampong dan taman sekitar Jalan Klang Lama. Timbalan Ketua Polis Negara ketika
itu ialah Datuk Mohamad Jamil Johari. 153 orang telah ditahan kerana berada
dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian. 95 orang lelaki Melayu, 56 orang
India dan 2 warga Indonesia. 37 orang telah dilaporkan cedera termasuk 34 India
dan 3 Melayu.
98 senjata pelbagai
jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis
yang membuat sekatan dan serbuan. Lain-lain senjata ialah boang buatan sendiri,
pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi, kapal dan kayu.
Datuk Mohamed Jamil
Johari turut menyatakan sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar.
Beberapa buah bas dan van telah dirosakkan.
Datuk Seri S. Samy
Vellu selaku pesiden MIC telah melawat mayat K. Muneiretham di Hospital Universiti.
V. Segar, 34 dan A. Ganeson, 28 turut terbunuh.
Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia turut bertugas di Kampung Medan. Mereka bertugas memberi bantuan
kecemasan dan bekalan makanan serta khemah. Rela dan St Johns Ambulance turut
memberi perkhidmatan kecemasan dan kawalan keselamatan.
Masyarakat Malaysia
terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menyangka ia akan berlaku dan merebak
terlalu pantas. MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar ia tidak berulang.
Pergaduhan
Di Kampung Medan
Pergaduhan antara
dua kumpulan penduduk di Kampung Medan harus menjadi iktibar kepada semua pihak
dalam usaha kita membina bangsa Malaysia yang harmoni pada masa depan. Pihak
berkuasa perlu melihat isu ini melalui perspektif yang menyeluruh hingga ke
peringkat akar umbi memandangkan ia boleh membawa kepada ketegangan yang lebih
parah sekiranya tidak ditangani dengan teliti dan jujur.
Laporan
akhbar-akhbar utama berkenaan realiti sosio-budaya kawasan terbabit patut
menjadi asas untuk semua pihak menginsafi dan menilai punca sebenar kemelut
yang membawa kepada ketegangan antara penduduk. Dalam suasana kehidupan yang
begitu minima dari aspek kemudahan dan inftrastruktur sosial, ia telah
mempengaruhi emosi, sikap dan jiwa penduduk. Perasaan marah dan terganggu tidak
mudah dikawal apabila berada dalam suasana hidup yang tertekan oleh faktor
ekonomi dan sosial yang tidak seimbang. Akibatnya, tindak balas yang keras dan
ganas digunakan sebagai jalan penyelesaian.
Konflik
yang berlaku kini memberi cukup isyarat dan tanda yang jelas betapa persoalan
kemiskinan masih menjadi punca kepada permasalahan sosial dan ketegangan kaum
di negara ini. Kegiatan kongsi gelap dan gangster adalah berpunca dari masalah
kemiskinan yang mendorong mereka untuk bertindak ganas bagi meneruskan kehidupan.
Masyarakat
Malaysia nampaknya masih belum bebas dari ancaman ketegangan. Usaha dan
penilaian yang lebih progresif perlu dilaksanakan segera di samping mengiatkan
acara-acara kerjasama antara penduduk berbilang kaum dengan lebih terancang dan
berterusan.
Selepas Tragedi
Selepas tragedi ini, kerajaan negeri
Selangor telah mensasarkan Setinggan Sifar pada 2005 di Selangor. Kini
kawasan perumahan lebih teratur. 97 % perumahan baru setinggan telah
diselesaikan. Tinggal 1000 keluarga belum pindah di Selangor.




TINDAKAN
PERANAN
IBUBAPA
Oleh itu, ibubapa haruslah membimbing
anak-anak mereka tentang pentingnya perpaduan kaum. Dengan ini, anak-anak
mereka akan mempunyai persefahaman antara kaum lain yang menebal serta tidak
akan menaruh perasaan negatif terhadap kaum lain dari sejak kecil lagi.
Selain
itu, ibubapa juga turut menekankan dan meyampaikan ajaran agama kepada anak-anak mereka kerana agama
mempengaruhi seseorang untuk berpegang
kepada nilai-nilai baik yang diajar oleh ajaran agamanya seperti
menghormatiorang lain, bersedia membuat kebaikan dan sebagainya.
Oleh
demikian, pengamalan dan penghayatan
ajaran agama boleh menjadi satu pemangkin utama dalam mewujudkan keharmonian
dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
Di
samping itu, ibubapaharuslah menghantar anak-anak mereka ke tabika perpaduan
apabila berumur 5 tahun keatas supaya anak-anak mereka dapat berinteraksi dan
memahami budaya lalu membentuk asas perpaduan yang lebih berkesan kerana
semuanya bermula dari sejak kecil lagi.
PERANAN
MEDIA MASSA / ELEKTRONIK / CETAK
Tambahan pula, peranan media massa, baik
media eletronik mahupun media cetak juga
turut mendorong ke arah perpaduan kerana media-media berkenaan merupakan
saluran komunikasi yang berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat dari dalam
danluar negeri kepada masyarakat.
Melalui
media massa dan elektronik, kita bolehlah menyiarkan rancangan siaran langsung
semasa perarakan Hari Kebangsaan menerusi saluran televisyen bagi
membolehkan semua rakyat Malaysia untuk
menyaksikan detik-detik kegemilangan puncak acara sambutan pada hari itu.
Dengan ini, pasti akan dapat menerapkan
segalanilai-nilai perpaduan yang cuba dipaparkan kepada semua lapisan
masyarakat Malaysia.Selain itu, rancangan-rancangan tentang sejarah Malaysia
juga boleh disiarkan sepert isejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan
Persekutuan Malaysia supaya menyedari
rakyat tentang perjuangan dan usaha pemimpin-pemimpin pada masa lalu dalam
menyatupadukan kaum-kaum di tanah air ini. Begitu juga menyiarkan lagu-lagu
berunsur patriotik melalui radio bagi menyemarakkan lagi semangat kebangsaan
serta menghayati mesej-mesej yang hendak disampaikan menerusi lagu-lagu tersebut dikalangan rakyat Malaysia. Manakala
media cetak pula, haruslah menjayakan Program Promosi’ yang dilaksanakan oleh
kerajaan bagi memperluaskan hebahan kepada
masyarakat agar kesedaran orang
ramai terhadap kepentingan perpaduan dan
integrasi nasional yang
sentiasa akan subur.
Di
samping itu, media cetak juga boleh menerapkan semangat kebangsaan kepada para
pembaca melalui berita dan tulisan ataupun artikel. Oleh itu, media-media ini
haruslah terus menjayakan usaha ke arah perpaduan selaras dengan dasar-dasar
kerajaan.
PERANAN
MASYARAKAT
Akhirnya ialah peranan yang dimainkan
oleh masyarakat. Jika negara kita ingin terus membangun dan rakyatnya hidup
dalam keadaan aman, damai dan makmur, satu masyarakat yang bersatu
padu haruslah diwujudkan terdahulu sebelum menjalankan
strategi-strategi pembangunan Negara.
Justeru,
kita haruslah membuang sikap atau
perasaan negatif seperti sikap apati/individualistik, perasaan prasangka/prejudis, diskriminasi,
stereotaip, etnosentrismedan lain-lain lagi dahulu. Sikap atau perasaan
tersebut akan mendatangkan kesan-kesan negatif dan menghalang seseorang untuk menjalin
hubungan baik antara kaum lain yang seterusnya
mungkin mencetuskan keadaan
masyarakat yang tidak harmoni seperti rusuhan kaum 13 Mei
1969 atau peristiwa di Kampung Medan. Sebaliknya, kita perlulah mempraktikkan
semangat kejiranan/kekitaan supaya dapat mewujudkan kedamaian dan kesejahteraan
bermasyarakat yang berbilang kaum.
Sebagai
contohnya, kita boleh mengamalkan nilai-nilai kejiranan seperti
mengutamakan kepentingan dan
kebaikan bersama, tolak-ansur, hormat-menghormati dan sebagainya lalu berbincang dan bermuafakat
dengan jiran tentang hal-hal kebajikan dan keselamatan bersama.
Denganini, kita dapat memahami dan menghormati agama dan kebudayaan jiran-jiran
yang pelbagai kaum
selaras untuk mengukuhkan
perpaduan di kalangan masyarakat
yang pelbagai kaum.
Selain
itu, kita haruslah menubuhkan lebih banyak Rukun Tetangga di seluruhnegara
kerana ini merupakan salah satu alat penyatuan kaum yang berkesan dalam proses
perpaduan kaum. Dengan adanya
sektor Rukun Tetangga, jiran-jiran
boleh bergaul sesame mereka tanpa
mengira kaum terutama semasa membuat
rondaan di kawasan perumahan
sendiri. Kerjasama dan tanggungjawab melalui Rukun Tetangga
dapatmengembalikan perasaan muhibah yang sedang dipupuk oleh kerajaan sekarang.
Namun begitu, kita bolehlah menganjurkan gotong-royong atau sukan perpaduan di
kawasan perumahan sendiri
bagi meningkatkan lagi penglibatan penduduk-penduduk setempatdalam aktiviti-aktiviti
tersebut agar dapat mewujudkan perasaan saling kenal-mengenal dan sikap
tolong-menolong antara satu sama lain di dalam kawasan mereka tanpa mengira
kaum. Oleh itu, melalui Rukun Tetangga adalah titik permulaan yang baik untuk
memupuk semangat setiakawan serta mengeratkan hubungan sesama penduduk
setempatdi sesebuah kawasan perumahannya.
Tambahan
pula, kita sebagai rakyat Malaysia wajarlah menyambut HariKebangsaan ini
daripada menghabiskan masa untuk
berhibur sahaja. Sebaliknya, kita perlulah menggunakan hari yang bersejarah dan
penuh bermakna ini untuk menyelamidan mengukur diri sendiri terhadap sumbangan
diri ke arah perpaduan negara. Fikirkankeadaan negara kita dan diri sendiri
sekiranya kita semua tidak bersatupadu. Begitu juga, jika kita tidak menyelami
makna kemerdekaan, kita tidak akan menyedari perjuangan dan usaha pemimpin pada
masa lalu dalam menyatupadukan kaum-kaum di tanah air ini.
Di
samping itu, kita bolehlah melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan
bermasyarakatan seperti bersama-sama membanteras gejala-gejala sosial yang
berleluasadi kalangan masyarakat tanpa mengira kaum serta memberikan kerjasama
dan sokongandalam menjayakan dasar-dasar kerajaan. Maka, ini akan mendorong
negara kita untuk mencapai perpaduan
negara dan keharmonian sosial melalui sosioekonomi yang
seimbang di Malaysia
CARA MENGATASI MASALAH PERPADUAN KAUM
Persepakatan
diantara Kaum
Malaysia merupakan satu negara yang unik
dimana ia merupakan satu negara yang mempunyai banyak kaum yang didiami oleh
Masyarakat Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum utama negara
Malaysia. Bilangan penduduk Malaysia sehingga tahun 2010 dianggarkan melebihi
28.25 juta penduduk .Daripada bilangan penduduk ini, bangsa Bumiputera Melayu
meliputi 50.4%, Cina 23.7%, dan India 7.1% dan selebihnya adalah kaum-kaum
bumiputera bukan Melayu dan lain-lain. Sejak mengecapi kemerdekaannya sejak
tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara
dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum
yang pelbagai ini. Perkara ini menjadi semakin penting selepas tercetusnya
peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dimana negara menyaksikan rusuhan kaum yang
dahsyat sehingga negara terpaksa diletakkan dibawah pemerintahan tentera.
Ekoran daripada peristiwa tersebut, Rukun Negara telah diwujudkan dan banyak
program serta inisiatif telah dijalankan untuk mengeratkan perpaduan diantara
kaum bagi memastikan “pisang tidak berbuah dua kali” .Perpaduan antara semakin
menyerlah dari semasa ke semasa sejak dari peristiwa berdarah tersebut sehingga
kini.
Bahasa
dan Cara Berkomunikasi
Bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan ataupun bahasa rasmi di Malaysia. Oleh itu,
bahasa rasmi tersebut berperanan sebagai satu pipe saluran yang digunakan oleh
semua rakyat Malaysia. Akan tetapi, masalah di sebaliknya iaitu kebanyakkan
kaum bukan melayu masih tidak dapat bertutur dengan lancar. Hal ini kerana
bahasa ibunda yang digunakan sejak kecil lagi telah menyebabkan kebanyakkan
mereka sukar untuk menangani bahasa rasmi dengan baik. Bahasa yang digunakan
berdasarkan bahasa ibunda masing-masing akan menjauhkan lagi jurang antara kaum
kerana akan berlaku ketidaksefahaman dan prasangka di antara satu sama lain.
Tanpa disedari, amalan yang sedang dilakukan ini sedang menuju ke arah
mewujudkan polarisasi kaum yang amat membimbangkan. Realiti yang melanda
Yugoslavia hendaklah dijadikan sebesar-besar pengajaran. (Yugoslavia adalah
negara dimana terdapat pelbagai kumpulan etnik yang saling membenci antara satu
sama lain.) Jika kita kurang teliti dan jika kita tidak berhati-hati,
berkemungkinan warga kita akan berpecah-belah dan mewujudkan fahaman agama yang
ekstrim.
Saranan
dan pengaruh daripada ibubapa
Peribahasa
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Orang pertama yang paling awal mendekati
anak-anak adalah ibu bapa. Oleh itu fikiran dan kelakuan anak-anak akan
dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Contohnya anak-anak mereka akan didedahkan
tentang isu-isu kaum sejak kecil lagi. Disebabkan kebanyakkan ibubapa di
Malaysia masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu-isu kaum seperti
peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 iaitu rusuhan yang berlaku dan
kemucak masalah perpaduan di Malaysia, maka mereka akan memberi fakta yang
terpesong yang akan mempengaruhi anak-anak terhadap bangsa-bangsa yang lain di
Malaysia. Hal ini menyebabkan perpaduan dan persepakatan antara kaum dan bangsa
sukar dicapai.
Program
dan polisi perpaduan kaum telah dipolitikkan
Setiap
warga Malaysia wajar melihat dan mentafsir program dan polisi nasional yang
dilaksanakan secara rasional, objektif, bijaksana dan bertanggungjawab.
Berfikirlah sebagai seorang warga Malaysia sejati, berpegang kepada prinsip
menjunjung langit di tempat bumi dipijak. Program pendidikan sebagai contohnya
yang diperkenalkan adalah pelaburan untuk menjamin masa hadapan warga muda dan
warga muka dan tidak harus sama sekali dipolitikkan, program pendidikan dan
polisi perpaduan kaum yang dipolitikkan adalah perbuatan paling tidak
bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak dan
memporak-perandakan negara.
CARA MENGATASI 1
Perselisihan faham antara kaum dapat
dielakkan melalui perancangan beberapa program yang mewajibkan setiap kaum
untuk melibatkan diri. Program yang
dilaksanakan perlu merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan
perpaduan. Program seperti “Program 1
Malaysia”, program penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi program-progrm
yang lain perlu diperbanyakkan. Program
lain seperti rumah terbuka bagi perayaan-perayaan setiap etnik yang diamalkan
dalam Negara kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh Negara. Program-program seperti ini diperlukan
kerana, ini dapat memupuk semangat cinta akan tanah air kita sekaligus dengan
melahirkan perasaan menghormati adat-resam kaum lain. Hal ini akan menjalinkan hubungan yang erat
antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Semangat patriotisme yang akan dipupuk ini
perlu dimulakan dari kecil lagi bah kata pepatah melayu, “ melentur buluh
biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa perlu
mendorong anak-anak untuk bergaul sesama masyarakat yang terdiri dari pelbagai
etnik. Masyarakat kita juga perlu
bergaul, berkongsi pendapat dan membina kumpulan dengan masyarakat kaum
lain. Kita perlu sentiasa berusaha
meningkatkan keupayaan bersatu dan berusaha menghindari segala faktor yang
boleh memecahbelahkan kesepakatan. Ia
perlu diberi perhatian kerana masih wujud golongan yang berkepentingan untuk
bermain dengan api sentimen perkauman dan agama. Hakikat kita mampu mengekalkan cara hidup
aman dan damai tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus berasa selesa. Kita sentiasa berdepan dengan pelbagai
cabaran dari dalam mahupun luar. Justeru
itu, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berprasangka buruk sesama kaum
supaya mengelak sikap mementingkan diri.
CARA MENGATASI 2
Untuk
menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi ini, pertama sekali sebagai
bangsa Malaysia, bahasa dan cara berkomunikasi kita seharusnya menguasai dengan
baik agar jurang antara kaum tidak akan berlaku disebabkan oleh
ketidaksefahaman dan prasangka. Seterusnya saranan dan pengaruh daripada ibu
bapa amat penting terhadap anak-anak mereka. Hal ini kerana anak-anak tersebut
merupakan pemimpin hari esok dan perpaduan antara satu sama lain amat
diperlukan agar negara menjadi maju dan kuat. Di samping itu, program dan
polisi perpaduan kaum tidak harus sama sekali dipolitikkan kerana perbuatan
tersebut adalah paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa
hadapan anak-anak yang bersih dan tidak berdosa. Sebagai contoh, program
1Malaysia dimana adalah tuntutan sama dan peluang yang diberikan kepada semua
rakyat Malaysia. Untuk konsep tersebut berjaya, kami rasa kerajaan harus
berhenti dengan bangsa politik kerana ini benar-benar melelahkan. Kami membesar
dan mengikuti dengan borang aplikasi meminta kami untuk menanda bangsa kami.
Kita seharusnya berhenti memberi tanggapan negatif terhadap bangsa lain dan
berhenti berfikir tentang ‘kaum kami’, ‘etnik kami’ tetapi sebaliknya kita
harus tumpukan bahawa kita tiada kaum melayu, tiada kaum cina, tiada kaum india
kerana kita cuma terdapat bangsa Malaysia, bangsa Malaysia yang mempunyai
kebebasan memilih agama dan kepercayaan yang sesuai dan disukainya. Untuk
merdeka yang akan menjelang ini, kami berharap sebagai seorang Malaysian, kita
dapat lebih memiliki hak bersuara, dapat dihormati dan dapat didengar. Kami
berharap bahawa kerajaan benar-benar melaksanakan dan menjalankan demokrasi
berparlimen dan saya berharap masyarakat Malaysia tidak lagi takut dan berasa
mendiskriminasi terhadap satu sama lain, kerana kita adalah satu dan kita adalah sama
sah dari sisi undang undang.
Comments
Post a Comment